My Resolutions


*Improve my Vital Stats
*Rediscover Him
*Improve Relations
*Be Meticulous
*Communicate Well
*Be a great Motivator-Mentor

Next Upcoming Race...

Newton Run

10 October 2010

Sentosa

30km run

Sajak - Pedih Menjadi Orang Tua

Pedih Menjadi Orang Tua

Ada seorang tua yang buta sebelah mata
tapi sebelah lagi cukup terang
menghitung hari-hari terakhirnya
tinggal sendirian meniti usia senja
flat tiga biliknya bagai teratak tua
terasa terpencil
di tengah-tengah bendang rumah pangsa
di pinggir kota
di tinggalkan abadi isteri tercinta
kerana penyakit tua dan leukemia
juga diabaikan anak-anak yang tiga semuanya
kerana masing-masing sibuk dengan urusan dunia.

Yang sulung guru,
gigih mendidik anak muridnya
yang tengah peguam,
hebat membela anak guamnya
yang bongsu doktor,
rajin merawat pesakitnya
sedangkan dia sendiri tak penat-penat
memanggil-manggil nama mereka
cuba menghirup air kasih
untuk menghilangkan dahaga rindu
daripada anak-anak yang berjaya
nyata tidak terisi setitik pun cinta
di cangkir kaca
begitu pun dia terus membeli masa
dari subuh hingga ke senja yang bergetar duka
dari senja hingga ke subuh yang menggelepar luka
puncaknya dia merintih mengelus jiwa:
“Amat pedih jadi orang tua
75 tahun dan masih menghitung angka penuh hiba
memang aku tak kering wang dan harta
namun ulang tahun hari lahirku sering dilupa
pastinya mereka sangka aku hidup bahagia
boleh bertahan hingga maghrib tiba
sekiranya aku tertutup mata selama-lamanya
sampaikan pesan, orang tua sepertiku
memang tidak akan mati
kerana tidak lapar dan dahaga
tapi aku mampu mati kerana dibelit kesepian
rakus dikunyah-kunyah masa.”

Disambungnya lagi hati penuh terusik:
“Pedih, memang pedih menjadi orang tua
kerana tidak punya apa-apa
selain bertambah kaya
dengan kesunyian dan air mata
alangkah indahnya
kalau aku dapat mendengar suara cinta mereka
menghapuskan kebosanan yang semakin menjala
menghapuskan kejenuhan yang semakin melata
walau untuk beberapa detik cuma
dan aku masih boleh mendabik dada
memberitahu satu dunia
inilah hadiah ikhlas dan sejujurnya
daripada anak-anakku yang sibuk dan berjaya.”

-Peter Augustine GohBerita Minggu, 30 March 2008


May Allah guide us all..bless us with happiness and health n protect us from the dangers of this world, physically or mentally. Help us become successful people in the world and after...