Oleh Jamilah Aini Mohd. Rafiei.
BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN
ABDULLAH, mengupas perbandingan yang cukup
ilmiah di antara agama Islam dan Kristian
berdasarkan pengkajiannya yang cukup mendalam
lagi terperinci selama menjadi Paderi Besar
Kristian selama 12 tahun.
Iktibar Buat Mereka Yang Murtad AGAMA Kristian
menurut kitab Injil yang asal jika dikaji sedalam-
dalamnya maka jawapan akhir yang akan ditemui
adalah ISLAM. Hakikat ini telah dibuktikan oleh
ramai orang Kristian yang akhirnya mendapat
hidayah Allah dan kemudiannya memeluk agama
Islam.
Tetapi apa yag paling menakjubkan kali ini, kita
berpeluang berkongsi pengalaman hidup yang
tiada tolok bandingannya bersama USTAZ
TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, seorang bekas
paderi besar di seluruh Sabah, yang belajar
sebahagian besar dalam hidupnya untuk menjadi
paderi. Beliau yang selama ini berada di tahap
paling tinggi dan mulia sekali di Sabah Kerana
berkedudukan untuk mengampunkan segala dosa
yang dilakukan oleh orang-orang Kristian Sabah
contohnya orang yang paling berpengaruh ketika
itu Pairin Kitingan. Pengalamannya sebagai Bekas
Paderi di sekitar 80-an membuatkan beliau banyak
mengetahui selok belok agama termasuk agama
Islam. Setelah puas mengkaji, akhirnya Allah
memberikan hidayah kepadanya dengan memilih
Islam sebagai jalan hidup. Beliau kini bertugas di
Majlis Agama Islam Melaka di bahagian Unit
Kristianologi. Bersama seterusnya dengan
JAMILAH AINI MOHD. RAFIEI, turut hadir
SUZILAWATI ROZAINOR ABBAS dengan jurufoto
WAN ZAHARI WAN MOHD. SALLEH yang
berdialog dengan beliau di Masjid Al-Azim
(Negeri), Air Keroh, Melaka, baru-baru ini.
SEMASA Kristian saya dikenali sebagai Paderi
Thomas Laiden. Saya berasal dari Sabah dan
berketurunan Solok. Agama asal saya ialah
Roman Katholik. Saya mendapat pendidikan di
Seminary Kepaderian Vantiken Itali iaitu institusi
kepaderian terulung di Itali dan dibiayai oleh
Persatuan Kristian Sabah. Saya tamatpengajian
pada tahun 1985 seterusnya bertugas sebagai
paderi di Vantiken. Seterusnya saya memohon
untuk kembali ke negara asal saya iaitu Sabah.
Pada tahun 1988 saya ditukarkan ke Sabah dan
berkhidmat sebagai paderi. Saya bertugas di
Gereja St. Mary, Persatuan Gereja Roman
Katholik Sabah seluruh Sabah yang berpusat di
Kota Kinabalu. Keluarga saya terlalu kuat
berpegang pada agama. Itulah sebabnya bapa
menghantar saya ke Vantiken, dengan harapan
agar saya menjadi seorang paderi yang dikira
jawatan yang terlalu mulia. Saya mempunyai
ramai adik beradik tetapi kesemuanya perempuan,
saya adalah anak lelaki tunggal dalam keluarga.
Semasa menjadi paderi, saya banyak membuat
kajian mengenai agama Kristian, Buddha, Hindu
dan Islam. Ketika itu saya tidak tahu langsung
tentang keindahan dan kecantikan Islam dan tidak
pernah terlintas di fikiran untuk ke situ. Tambahan
pula saya dibesarkan di dalam keluarga yang kuat
mengamalkan agama Kristian. Saya aktif bergiat
dalam dakyah Kristianisasi yang cenderung
kepada banyak buku-buku Islam. Setelah banyak
membuat kajian, saya terfikir apabila saya dilantik
menjadi paderi, saya mendapat kesimpulan yang
saya sudah mula meragui agama yang saya anuti.
Konflik Diri Yang Tidak Terbendung
Ianya ketara di sekitar 1988, apabila sebagai
seorang paderi diberi tanggungjawab yang besar
iaitu untuk mengampunkan dosa manusia. Timbul
di fikiran saya bagaimana saya sebagai manusia
biasa bisa mengampunkan dosa manusia lain
sedangkan para Nabi dan Rasul yang diutuskan
Allah, mereka ini tidak sanggup mengampun dosa
manusia dan tidak mampu mengampunkan dosa
manusia. Saya mula serius membuat kajian
mengenai Islam.
Apabila saya diberi tanggungjawab mengampun
dosa orang-orang Kristian seluruh Sabah, jadi
masa itu saya rasakan seolah-olah agama ini
sengaja direka-reka oleh manusia. Seterusnya
pada tahun 1989 saya kembali ke Vantiken untuk
membuat Kursus Kepaderian di sana selama tiga
tahun. Di sana saya telah berjumpa dengan ketua
paderi tertinggi seluruh dunia iaitu Pope John Paul.
Saya telah berdialog dengannya dan bertanya
akan perkara yang memusykilkan saya sepanjang
saya menjadi paderi. Saya berkata
kepadanya, "Paul, saya sekarang rasa ragu
dengan agama yang kita ini". Dia terkejut dan
bertanya, "Apa yang kamu ragukan?"
Saya berkata, "Cuba John Paul fikirkan sendiri,
kita ini seorang manusia biasa. Di negeri saya
Sabah, di negeri saya sendiri setiap malam Ahad
saya mengampunkan dosa orang Kristian yang
beratus-ratus orang yang datang mengaku dosa.
Mereka harap saya yang mengampunkan dosa
mereka sedangkan para Nabi pun tidak pernah
melakukannya."
Beliau berkata, Wahai Paderi Thomas, kamu ini
dilantik menjadi seorang paderi, maka kamu ini
seorang yang suci dan tidak mempunyai sebarang
dosa," Saya katakan yang saya merasakan diri
saya mempunyai dosa. Beliau seterusnya
menyambung, "Memang kita manusia ini
mempunyai dosa. Nabi Adam sendiri mempunyai
dosa. Apabila seseorang yang telah dilantik
menjadi paderi bermakna kamu ini telah dilantik
oleh Jesus Christ. Jesus Christ tidak ada dosa
maka kita sebagai paderi ini tidak mempunyai
dosa."
Di situlah saya mula tidak percaya pada agama
kristian yang mengatakan ulamak-ulamak Kristian
tidak mempunyai dosa.
Saya katakan pada Paul yang ulamak Kristian itu
pembohong. Dia terkejut lalu berkata,"Thomas,
kamu telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi
untuk menjadi paderi, kenapa kamu berkata
demikian. Cuba kamu jelaskan kenapa kamu kata
agama Kristian pembohong".
Saya menyoalnya, "Jesus Christ itu Tuhan atau
Nabi?" Beliau menjawab, "Dia Tuhan." Saya
bertanya kembali, Pernahkah orang nampak
Tuhan? Bagaimana wujudnya Tuhan? Siapa Tuhan
kita sebenarnya, Jesus Christ (Nabi Isa) atau Allah
bapa? (Allah)."
Beliau mengatakan Jesus itu Tuhan.
Saya menyoal kembali, "Apa matlamat utama
Jesus Christ diutus ke dunia?"
Beliau menjawab, "Untuk menebus dosa bangsa
manusia, semua bangsa dan agama."
Jadi saya katakan padanya kenapa perlu ada
paderi tukang ampun dosa jika Jesus Christ sudah
menebus dosa semua manusia. Di situ dia mula
pening dan terpinga sambil berkata, "Paderi
Thomas awak ini telah dimasuki iblis sehingga
berani mempertikaikan Kristian."
Saya katakan padanya, "Kita seorang paderi yang
suci, bagaimana iblis boleh masuk?"
Saya juga katakan padanya saya mempunyai ibu
bapa dan adik-beradik apabila ibu bapa saya
membuat dosa mereka mengaku di hadapan anak,
kerana kedudukan saya ketika itu sebagai seorang
paderi. Jadi saya terfikir bagaimana saya seorang
anak boleh mengampunkan dosa ibu bapa.
Sepatutnya seorang anak yang meminta ampun
dari ibunya.
Selepas perdebatan itu Pope John Paul
meninggalkan saya, sebagai seorang paderi beliau
tidak boleh marah kerana marah merupakan satu
dosa. Di dalam Kristian mempunyai tujuh rukun
iaitu:-
i. Ekaristi Pembaptisan - seseorang yang ingin
memeluk Kristian mereka mesti dibaptiskan air
suci.
ii. Ekaristi Pengakuan - mengaku dosa di
hadapan paderi
iii. Ekaristi Maha Kudus - memakan tubuh Tuhan
(Khusti kudus)
iv. Ekaristi Minyak Suci - air suci
v. Ekaristi Krisma - penerima ekaristi Maha
Kudus layak menerima krisma
vi. Ekaristi Imaman - menjadi paderi
vii. Ekaristi Perkahwinan - hanya untuk penganut
awam (Paderi tidak menerima ekaristi ini)
Dalam Kristian air suci atau lebih dikenali sebagai
Holy Water, adalah paling bernilai sekali. Untuk
menjadi seorang Kristian, seseorang perlu
menjalani Ekaristi Pembaptisan iaitu meminum air
ini. Ia diperolehi dari proses uzlah yang dijalani
sebelum menjadi paderi. Jika tidak mempunyai
akidah yang benar-benar kuat, akidah boleh rosak
disebabkan air ini. Contohnya ialah seperti apa
yang berlaku ke atas seorang doktor perempuan
Melayu di Selangor. Setelah minum, beliau
langsung tidak boleh mengucap, hatinya telah
tertutup. Menurutnya beliau sudah tidak yakin lagi
dengan agama lain kecuali Kristian sahaja Kerana
melalui Kristian beliau boleh melihat Tuhan Jesus
yang turun setiap malam.
Itulah permainan iblis. Sesiapa yang meminum air
tersebut dapat melihat apa sahaja. Sebaik sahaja
doktor tersebut meminumnya, akhirnya beliau
memeluk Kristian. Saya pergi menemuinya, dia
katakan kepada saya Islam tidak benar, hanya
Kristian agama yang benar kerana umatnya boleh
melihat Tuhan.
Apabila saya tunjukkan air itu kepadanya sambil
bertanya pernahkah beliau meminumnya. Beliau
menjawab memang pernah meminumnya semasa
beliau belajar di Indonesia;
Apabila pergi ke gereja beliau akan diberi minum
air tersebut. Beliau menyatakan kepada saya
beliau akan hidup dan mati dalam Kristian. Saya
membacakan kepadanya surah Al-Kahfi di
samping memintanya mengamalkan surah
tersebut setiap masa. Alhamdulillah lama-
kelamaan keadaannya semakin pulih. Inilah
permainan sihir sebenarnya. Tidak siapa dapat
melawan ilmu Allah, hanya ilmu Allah sahaja yang
berkesan menghapuskan permainan sihir.
Tidak lama kemudian beliau kembali mengucap
dan terus menangis. Saya katakan kepadanya
saya sudah terlalu berpengalaman dengan taktik
Kristian. Itulah, cara memikat orang untuk ke
agama Kristian cukup mudah, tidak mengapa jika
tidak percaya kepada agama Kristian, tetapi
apabila minum air itu segala-galanya akan
berubah. Setelah saya mempelajari Islam barulah
saya tahu rupanya iblis ini boleh menyerupai
bermacam rupa. Kekuatannya hanya pegangan
akidah.. Tetapi Holy Water ini sekarang tidak
boleh lagi diedarkan di Malaysia kerana orang
yang membuatnya di biara Vantiken telah
memeluk Islam dan membongkar rahsia ini. Ramai
orang sudah tahu mengenai air ini dan mula
berhati-hati dengan setiap apa yang meragukan.
Rukun yang kedua pula iaitu Ekaristi Maha Kudus
bermaksud memakan tubuh Tuhan. Saya pernah
berhujah dengan John Paul mengenainya. Saya
katakan padanya sedangkan Firaun yang zalim
itupun tidak pernah memakan tubuh tuhan kenapa
pula kita sebagai ulamak Kristian boleh makan
tubuh tuhan?.
Saya jelaskan kepadanya, apabila semua paderi
memakan Khusti Kudus (sejenis makanan yang
diimport khas dari Itali) bermakna itu satu
penghinaan kerana tubuh tuhan boleh dimakan.
Kata beliau, itu memang sudah menjadi rukun
Kristian dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Apa
yang paling merbahaya ialah Holy Water. Khusti
Kudus tidak mempunyai rahsia apa-apa, ia seolah-
olah seperti roti yang dicampur dengan bahan lain.
Berlainan dengan Holy Water yang kesannya
cukup kuat. Bayi-bayi yang baru dilahirkan pun
dibaptiskan.
Terdapat sesetengah klinik yang membaptiskan
bayi walaupun bayi tersebut Islam.
Bagi kepercayaan Kristian setiap bayi yang baru
lahir wajib dibaptiskan kerana ia mempunyai dosa,
ia menyimpan dosa pusaka yang ditinggalkan
datuk moyang mereka. Ia berlainan dengan Islam,
Islam meletakkan bayi yang baru lahir itu adalah
dalam keadaan fitrah (bersih).
Di dalam semua kitab tidak ada mengenai agama
Kristian. Kristian ini baru sahaja berkembang oleh
seorang Paul yang pertama di zaman Julius
kemudian beliau mengembangkannya. Asal
agama Kristian ialah dari agama Yahudi dan
Nasara. Tetapi di Romawi ia dinamakan
Kristianisasi. Jika kita meneliti di dalam kitab Nabi
Isa (Injil) tidak ada disebut Kristian. Sebenarnya
semua mubaligh Kristian tahu mengenai
kedudukan agama Islam.
Pernah terjadi dalam tahun '78, semasa itu saya
terjumpa kitab yang menyatakan kebenaran Nabi
Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak begitu
memperdulikannya. Di dalam kitab tersebut ada
menyebut mengenai Ahmad iaitu Nabi Muhammad
s.a.w.
Ketika itu saya masih belajar di Vantiken, oleh
kerana saya kurang sihat saya tidak dapat
mengikut kelas pengajian. Saya diberi tugas oleh
seorang paderi untuk menjaga sakristi
(perpustakaan yang terdapat di gereja) untuk
menjaga kitab-kitab di situ. Paderi tersebut
mengatakan kepada saya, Thomas, kamu perlu
menjaga kesemua kita-kitab di sakristi ini tetapi
kamu tidak boleh membuka almari."
Beliau menunjukkan kepada saya almari yang
dimaksudkan. Saya hairan kerana beliau melarang
saya membuka almari tersebut sedangkan
kuncinya diserahkan kepada saya. Sifat manusia,
apabila dilarang maka itulah yang ingin dibuatnya.
Ketika itu semangat saya terlalu berkobar-kobar
untuk mengetahui isi kandungan turunkan kepada
Nabi Isa a.s.Saya mengambil kitab itu dan
menyembunyikannya. Kitab tersebut ditulis di
dalam bahasa Hebron. Ia masih saya simpan
hingga ke hari ini dan saya dalam proses untuk
menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Ia
menjadi rujukan kepada saya, dan sebagai bukti
untuk berdebat dengan orang-orang Kristian. Saya
telah utarakan kepada Majlis Agama Islam
Melaka, jika boleh saya ingin menterjemahkannya
dan sebarkan kepada orang ramai. Pihak Majlis
tidak berani melakukannya, menurut mereka ia
akan mengancam nyawa saya kerana dengan
pendedahan kitab tersebut rahsia Kristian akan
tersebar. Isi kitab tersebut sama dengan al-Quran.
Rupa-rupanya barulah saya mengetahui semasa
upacara mengangkat sumpah dalam proses
beruzlah pada hari yang ke 39, setiap paderi akan
meletakkan tangan mereka ke atas kitab yang
dibalut dengan kain putih yang diletakkan di atas
bantal. Tidak siapa dibenarkan membukanya dan
isi kandungannya.
Berbalik kepada kisah saya mencuri kitab
tersebut, selepas kehilangannya paderi yang
menyerahkan kunci kepada saya dahulu
memanggil saya dan bertanya apakah saya ada
mengambilnya. Saya menafikan dengan
mengatakan tidak pernah mengambil kitab
tersebut. Hati saya nekad untuk tidak mengaku
dan menyerahkannya kerana saya ingin mengkaji
kitabtersebut. Disebabkan seseorang bakal paderi
tidak boleh berbohong, beliau mempercayai
pengakuan saya. Akhirnya pada keesokannya
iaitu pada hari mengangkat sumpah, disebabkan
Injil tersebut telah hilang, mereka meletakkan kitab
suci al-Quran (yang dibalut dan sentiasa tersimpan
di almari) sebagai ganti kitab yang hilang. Al-
Quran digunakan di dalam upacara mengangkat
sumpah? Semua paderi tidak tahu hal ini kecuali
saya. Pada masa itu saya terfikir, apa gunanya
jika kita bersumpah di atas kitab al-Quran tetapi
masih tidak beriman dengannya? Bermakna
semua paderi telah bersumpah di atas al-Quran
tetapi kufur selepas itu.
Menyingkap saat saya didatangkan hidayah ialah
ketika saya sudah tamat belajar dan bertugas di
Gereja St. Mary, Sabah. Pada suatu malam Ahad
pada tahun 1991, saya bersembahyang dengan
cara Kristian) di hadapan tuhan-tuhan saya iaitu.
Tuhan Bapa, Ibu Tuhan (Mary) dan Anak Tuhan
(Jesus Christ). Ketika itu saya terfikir di dalam
hati, patung-patung ini diukir oleh manusia, saya
menyembahnya setiap hari di dalam bilik.' Apabila
saya selesai sembahyang saya meletakkannya di
bawah tempat tidur. Hati saya berkata, alangkah
hinanya Tuhanku. Kenapa aku boleh
meletakkannya di bawah tempat tidur yang boleh
aku baringkan dan letak sesuka hatiku?
Turunnya hidayah
Malam itu, selesai sembahyang saya mengambil
sehelai kertas dan saya tulis diatasnya, "Tuhan,
diantara agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha
aku telah mengetahui semua agama ini. Malam
ini tolonglah tunjukkan kepadaku manakah di
antara tiga agama ini yang benar bagiku". Setelah
itu, tak tahulah saya katakan bagaimana
mengantuknya mata saya yang tak pernah-pernah
saya alami rasa mengantuk yang lain macam,
mata saya langsung tidak boleh terangkat.
Akhirnya saya tertidur. Pada malam itu, pada saya
mungkin bagi para Nabi boleh dianggap mimpi
tetapi menurut saya mungkin Tuhan ingin
memberikan hidayah kepada saya. Di dalam tidur,
saya merasakan seolah-olah saya menaiki lif dari
satu tingkat ke tingkat lain sehingga tingkat tujuh,
ketika itu mata saya tidak boleh dibuka kerana di
hadapan saya ada satu cahaya yang terang
benderang menyuluh. Saya bertanya kepada
seorang yang berdiri di hadapan saya, orangnya
MasyaAllah terlalu tinggi. Jarak di antara kaki dan
kepala umpama langit dan bumi. Saya bertanya
kepadanya, Negeri apakah ini?"
Beliau berkata kepada saya, "Awak tidak layak
masuk ke negeri ini, ini negeri umat Nabi
Muhammad s.a.w."
Saya meminta keizinannya sekali lagi untuk
masuk tetapi beliau tetap tidak membenarkan.
Dari luar saya dapat lihat di dalamnya ada satu
jalan umpamanya titi yang halusnya seperti
sehelai rambut. Saya tak berani katakan ia Titian
Sirat atau apa-apa kerana tidak mengetahui apa-
apa ketika itu. Saya hairan kenapa orang yang
berjubah dan bertudung mereka melintas jalan itu
dengan mudah sedangkan saya langsung tidak
boleh mengangkat kaki. Penjaga itu berkata
lagi, "Awak tidak boleh masuk, tetapi awak lihatlah
bagaimana keadaan mereka yang beragama
Yahudi dan Nasara (Kristian)."
Alangkah terkejutnya saya apabila melihat orang-
orang Kristian yang kepalanya dimasukkan ke
dalam api umpama dijadikan kayu api. Saya
terkejut dan sedar hanya Islam agama yang benar.
Akhirnya saya tersedar seelok sahaja azan subuh
dilaungkan dari masjid berhampiran. Saya bangun
dan membersihkan badan saya. Saya menuju ke
kereta. Pemandu telah bersedia membawa saya
tetapi saya menolak pelawaannya dan katakan
kepadanya saya ingin pergi ke satu tempat yang
orang lain tidak boleh ikut serta. Saya memandu
kereta menuju ke sebuah masjid di atas bukit.
Ketika saya tiba, mereka sedang berjamaah
menunaikan fardu Subuh, saya menanti seketika
sebagai menghormati agama mereka. Setelah
selesai, saya pergi menemui imam yang bertugas
ketika itu. Saya katakan kepadanya yang saya
ingin memeluk Islam hari itu juga. Beliau terkejut
dan berkata kepada saya, "Awak ini di bawah
Pairin Kitingan, Ketua Menteri Sabah, susah kami
hendak Islamkan awak, tambahan pula awak
paderi besar seluruh Sabah."
Saya katakan padanya," Awak jangan bimbang
sebab dosanya saya yang ampun, hal dia tidak
perlu dibincangkan. Apa yang saya mahu, hari ini
saya mahu peluk Islam."
Seterusnya imam tersebut berkata lagi, "Awak tak
boleh masuk Islam sekarang sebab awak perlu
mengisi borang, tandatangan surat akuan sumpah
dahulu, baru awak boleh masuk Islam."
Dengan agak kasar saya katakan
kepadanya, "Kalau beginilah caranya untuk
memeluk Islam, lebih baik orang masuk Kristian.
Kalau masuk Kristian, hari ini terus dibaptiskan
dan menjadi Kristian.
Untuk masuk Islam pun perlu isi borang ke?
Baiklah, jika hari ini saya turun ke bawah dan
ditakdirkan tiba-tiba saya dilanggar kereta dan
mati, maka apa akan jadi kepada saya dan siapa
yang akan bertanggungjawab?" Akhirnya imam
tersebut menyuruh saya mengucap dua kalimah
syahadah. Maka pada pagi Ahad itu saya telah
sah sebagai seorang Islam.
Kekuatan diri
Setelah selesai mengucap, saya kembali ke
rumah saya. Ketika saya melalui kawasan gereja,
orang ramai sudah penuh menunggu saya untuk
upacara pengampunan. Mereka melambai tangan
ke arah saya. Saya membalas kembali lambaian
mereka. Ketika itu seakan ada satu kekuatan
dalam diri saya. Saya keluar dari kereta dan
membuat pengumuman di hadapan mereka.
Saya katakan kepada mereka, "Kamu ini jika
sembahyang pun berdosa kalau tak sembahyang
lagi bagus."
Kemudian saya meninggalkan mereka yang
kelihatan seperti kehairanan. Saya meneruskan
perjalanan menuju ke rumah. Di dalam rumah
semua ahli keluarga sudah bersedia menanti saya
untuk ke gereja. Jubah saya sudah siap diseterika.
Saya panggil semua ahli keluarga sambil bertanya
apakah mereka sudah makan atau belum. Mereka
katakan yang mereka sudah makan kecuali Khusti
Kudus sahaja yang belum dimakan. Saya katakan
itu tidak payah dimakan pun tidak mengapa
kerana di kedai banyak roti untuk di makan. Saya
membuat pengumuman kepada mereka, saya
berkata sambil memandang ke arah bapa
saya, "Saya hendak memberitahu kamu sesuatu
perkara. Saya belajar di Vantiken selama 12 tahun
dan sudah terlalu banyak menghabiskan wang
bapa. Selama 12 tahun saya belajar, saya tahu
bahawa agama yang saya anut ini adalah agama
yang salah, agama yang betul adalah Islam."
Ketika itu saya lihat tidak ada apa-apa riak di
wajah bapa dan ahli keluarga saya, tetapi mereka
semua terdiam. Saya menyambung kembali, "Tadi
saya telah memeluk Islam di masjid bandar sana
dan menyuruh saya mengucap. Bermakna hari ini
saya sudah menjadi orang Islam."
Bapa saya berkata kepada saya, "Oh! kamu
sudah Islam! Tidak mengapa!"
Seterusnya beliau menuju turun ke dapur. Saya
ingatkan tidak ada apa-apa ketika itu. Saya tidak
sedar rupa-rupanya beliau pergi mengambil parang
panjang dan cuba menyerang saya. Saya yang
kebetulan duduk di tepi tingkap di tingkat satu
terus terjun ke bawah. Saya melompat dari tingkat
atas dengan berkaki ayam. Tuhan masih mahu
memanjangkan umur saya. Saya turun dan terus
meninggalkan rumah sehelai sepinggang hingga
ke hari ini. Dari segi pengamalan kedua ibu bapa
saya yang memang cukup kuat berpegang pada
agama, apabila seorang anak murtad (keluar
Kristian) mereka tidak lagi mengaku anak.
Hijrah untuk Keselamatan dan Belajar
Selepas itu saya pergi ke Jabatan Agama Islam
Sabah. Demi keselamatan diri saya, salah
seorang pegawai di sana menasihatkan saya agar
pergi belajar dan keluar dari Sabah. Akhirnya saya
merantau ke Semenanjung dan menyambung
pengajian saya di Institut Dakwah Kelantan pada
tahun 1992 dan seterusnya saya menyambung
pula ke Nilam Puri sehingga tahun 1995.
Ketika itu saya adalah pelajar yang paling tua
sekali. Setelah tamat pengajian, saya menganggur
sekejap. Tidak lama kemudian saya diterima
bertugas di Majlis Agama Islam Melaka hingga ke
hari ini. Kemungkinan juga selepas ini saya akan
dipindahkan ke majlis Agama Islam Kelantan.
Di sini (Melaka) saya ingin menerbitkan buku
mengenai kajian Kristian. Tetapi terlalu banyak
prosedur yang perlu dijalani.
Kini setelah hampir sembilan tahun saya memeluk
Islam dan meninggalkan Sabah, saya masih
diugut dan dikecam. Namun saya tidak khuatir
kerana yakin Allah tetap melindungi hamba-Nya
dan yakin ajal maut itu tetap dataing walaupun
bersembunyi di ceruk mana sekalipun. Kini saya
bahagia setelah mendirikan rumah tangga
bersama isteri yang cukup memahami jiwa saya.
Dalam usia 49 tahun, saya baru mempunyai
seorang cahaya mata berusia satu tahun
setengah.
Islam tidak menyusahkan penganutnya. Jika
menjadi paderi perkahwinan tidak dibenarkan
tetapi setelah Islam, baru saya tahu betapa
indahnya perkahwinan dan zuriat yang merupakan
rezeki dari Allah (SWT).
Di Vantiken, orang Kristian yang keluar agama
kemudian masuk ke negara tersebut, mereka akan
bunuh. Bagi mereka seseorang yang murtad
dianggap kotor dan mencemarkan maruah agama.
Tetapi adakalanya saya terfikir, jika di sana orang
Kristian murtad kenapa ianya tidak terjadi di
negara yang pemerintah dan majoriti penduduknya
beragama Islam. Itulah yang susahya. Saya
membuat kajian hampir empat tahun baru
mendapat nikmat Islam. Terlalu sukar saya
mengecapi nikmat Islam tetapi orang di sini yang
memang lahirnya dalam Islam dengan mudah
mahu membuang Islam. Di sini saya
bertanggungjawab terhadap mereka yang murtad,
jika yang tidak berpengetahuan tidak mengapa
tetapi yang sedihnya yang murtad ini ialah mereka
yang mempunyai pendidikan hingga ke peringkat
tertinggi dan mempunyai pendapatan yang
melebihi dari keperluan bulanan.
Pernah saya katakan kepada seorang
doktor, "Doktor, suatu ketika dahulu saya
menerima gaji bulanan sebanyak RM5,000
sebulan, dilengkapi dengan pembantu rumah,
pemandu dan rumah serba lengkap. Kehidupan
saya terlalu mewah di Sabah. Tetapi doktor,
kenapa saya sanggup melepaskan itu semua
semata-mata kerana Islam! Gaji doktor sekarang
terlalu mencukupi tetapi mengapa perlu tinggalkan
Islam?"
Saya memang cukup marah dan terkilan apabila
mendengar orang yang ingin murtad. Minta maaf
jika saya katakan, mengapa terlalu bodoh sangat
sehingga sanggup menanggung dosa besar? Umat
Islam dari segi ekonomi sebenarnya terlalu
mencukupi cuma cara pelaksanaannya yang agak
longgar. Kita lihat Kristian, dari segi kerjasama
dan ukhuwah mereka begitu kuat.
Semasa saya menjadi paderi dahulu, apabila saya
masuk ke sesebuah kampung untuk berdakwah
saya dibekalkan beberapa ribu wang. Ini kerana
gereja di seluruh dunia bersatu padu. Meskipun
dari segi politik berbeza dan bermusuh tetapi
untuk menghancurkan Islam mereka mesti
bersatu. Mereka berkata jika di negara Barat,
penduduk penganut Kristian tidak bersembahyang
pun tetapi mereka tetap Kristian. Gereja di sana
setiap hari Ahad kosong kerana setiap hari Ahad
diadakan acara perlawanan bola sepak di kalangan
paderi. Orang ramai pergi menyaksikan acara
tersebut. Itu yang mereka minat. Oleh sebab itu
peruntukan untuk di sana sudah tidak ada lagi.
Sebagai alternatifnya mereka akan mengalihkan
peruntukan itu untuk disalurkan ke negara Asia
terutamanya ke Indonesia dan Malaysia. Begitulah
kuatnya kerjasama di antara mereka. Bagi
mereka tidak perlu berdakwah untuk orang Barat
yang sudah sedia Kristian sebab untuk mereka
memeluk Islam sukar. Yang lebih penting ialah
misi mengkristiankan orang Islam.
Bagi pandangan saya, saya lihat orang Islam agak
susah untuk bersatu. Masing-masing mempunyai
fikrah yang berbeza dan hidup dalam kelompok
sendiri. Kadangkala di kalangan orang Islam
sendiri bergaduh. Ini berlainan dengan orang
Kristian yang amat menitikberatkan soal
kebajikan. Namun bukan semua orang Islam
begitu, masih ramai di kalangan mereka yang
bijak.
Semasa saya menjadi paderi, saya memberikan
tumpuan kepada orang miskin. Pernah terjadi di
Perak, saya telah menghabiskan beratus ribu
untuk mereka, mereka mengambil wang tersebut
tetapi tidak memeluk Kristian. Selepas saya
Islam, saya pergi menemui mereka, senarai nama
mereka masih ada dalam simpanan saya.
Setelah saya periksa rupa-rupanya mereka ini
masih Islam. Walaupun pada awalnya mereka
berjanji untuk memeluk Kristian. Alhamdulillah
mereka tidak berdendam pada saya sebaliknya
mereka membelanja saya makan setelah
mengetahui saya telah memeluk Islam.
Masalah Kelemahan Pendakwah Islam
Adakalanya saya terfikir kenapa ketika Barat
menjajah kita, orang Melayu tidak murtad
sedangkan pada hari ini negara yang
pemerintahnya Islam tetapi orang Melayu boleh
murtad dengan begitu mudah sekali. Kelemahan
kita ialah pendakwah Islam kadang-kadang boleh
kalah dengan pendakwah Kristian.
Saya beri contoh seorang kawan saya yang
pernah sama-sama belajar dengan saya semasa
di Vantiken dahulu. Beliau pernah menyatakan
kepada saya, orang Yahudi sekarang sedang
memberi tumpuan kepada kajian al-Quran dan
Hadis.
Dia mengatakan pada saya; "Wahai Thomas, (dia
tetap memanggil saya dengan nama Kristian
walaupun saya telah Islam), Allah ada mengatakan
di dalam salah sebuah ayatnya yang bermaksud;
Tidak akan masuk syurga melainkan orang-orang
yang beragama Yahudi dan Nasara. Sekarang
kami pendakwah Kristian mahu pandai membaca
al-Quran, terjemahan dan hadis. Kami mempunyai
kursus khusus mengkaji al-Quran dan Hadis.
Awak lihatlah apa yang telah dikatakan oleh Tuhan
mu itu."
Saya katakan kepadanya, "Betul apa yang awak
baca ini. Kami membaca al-Quran bukan seperti
apa yang awak faham. Memang benar awak
membaca ayat itu tetapi al-Quran ini jika awak
tafsir separuh-separuh itu tidak betul. Al-Quran
bukan seperti Injil yang boleh ditafsir separuh-
separuh. Saya dahulu apabila belajar al-Quran
mengambil masa sehingga tiga tahun baru
khatam. Saya ucapkan terima kasih pada awak
kerana hanya enam bulan awak sudah boleh
membaca al-Quran." Saya katakan lagi
padanya, "Sebenarnya awak tidak tahu tafsir al-
Quran. Maksud sebenar ayat tersebut ialah "Telah
berkata mereka (orang-orang Yahudi dan Nasara),
tidak akan masuk syurga melainkan orang Yahudi
dan Nasara, sedangkan semua itu hanyalah
merupakan angan-angan kamu yang kosong." Itu
bukan firman Allah, kata-kata itu adalah keluar dari
mulut orang-orang Yahudi sendiri.
Paderi tersebut masih belum faham lalu
bertanya, "Apakah angan-angan kosong itu?"
Saya katakan, "Setiap hari Ahad kamu makan
tuhan kamu. Apabila kau menghadap Khudsi
Kudus sambil berdoa bermakna kamu telah
memakan tuhan kamu. Untuk apa kamu berbuat
demikian?" Beliau tidak boleh berkata apa-apa
walaupun mukanya telah merah padam.
Saya katakan kepadanya, "Kamu tidak boleh
marah. Kalau kamu marah, siapakah yang akan
mengampunkan dosa kamu?" Hal itu tidak
mengapa jika diutarakan di hadapan mereka yang
faham, tetapi apa yang saya bimbangkan
bagaimana jika ayat itu dibacakan di hadapan
mereka yang tidak faham dan rendah pengetahuan
agamanya?
Siapa sasaran Kristian
Program mereka kini ialah berdakwah kepada
orang Islam yang menghabiskan masa di kaki-kaki
lima terutamanya golongan remaja yang bermain
gitar. Mereka akan katakan, jika bermain di kaki
lima tidak mendapat apa-apa bayaran, lebih baik
bermain lagu di gereja setiap hari Ahad dengan
pendapatan lumayan. Dari situ ramai yang tertarik.
Dari segi wanita Islam pula, yang saya perhatikan
senarai namanya terlalu ramai orang Melayu yang
memohon menukar nama di Jabatan Pendaftaran
Negara (JPN). Itu yang menyedihkan saya. Di
JPN, beratus nama sedang menunggu, apabila
pihak JPN meluluskan nama- nama tersebut,
maka akan murtadlah nama-nama itu. Itu
kelemahan undang-udang negara, kami tidak boleh
berbuat apa-apa kerana mereka ini berpegang
pada peruntukan yang mengatakan apabila
seseorang yang berumur 18 tahun ke atas bebas
beragama.
Apa ikhtiar kita?
Ada seorang wanita berjumpa saya tetapi
keadaannya meragukan. Beliau memakai tudung.
Saya menggunakan isteri saya untuk
memerhatikan wanita ini. Bila mereka tinggal
berdua, barulah saya tahu di dalam tudungnya itu
ada salib.
Isteri saya memberitahu saya. Saya
memanggilnya. Saya katakan kepadanya, "Kamu
tidak sayangkan Islam ke? Tolong buang benda
yang ada di dalam tudung kamu itu".
Dia tidak mengaku, tetapi saya yakin beliau
memakainya. Sejurus kemudian beliau
mengeluarkan rantai salib di lehernya dan
mengatakan beliau sengaja memakainya tanpa
mempunyai niat apa-apa. Saya katakan padanya
yang saya dahulu memakai rantai yang lebih besar
daripadanya. Akhirnya saya megambil rantai
tersebut dan menyimpannya di pejabat saya untuk
dibawa ke pihak atasan dan menerangkan
bagaimana seriusnya penyakit ini di kalangan
anak remaja kita. Wanita jika tidak kuat pegangan
memang mudah dipengaruhi. Ada juga taktik orang-
orang Yahudi yang menjadikan perkahwinan
sebagai langkah paling mudah untuk memurtadkan
gadis Islam. Untuk berkahwin, mereka (lelaki
Kristian) akan memeluk Islam, kemudian akan
membawa isterinya ke negara asalnya dan
memurtadkan isterinya itu.
Kemenangan Islam, Keadilan Sejagat
'Sesungguhnya orang-orang yang berkata: Tuhan
kami ialah Allah, kemudian mereka beristiqamah,
turun kepada mereka malaikat Allah berkata:
jangan kamu takut dan jangan berdukacita, dan
bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan
kepada kamu.'
SEBAGAI UMAT ISLAM ..... JALANKAN
TANGGUNGJAWAB UNTUK MENYEBARKAN
RISALAH INI ............
May Allah guide us all..bless us with happiness and health n protect us from the dangers of this world, physically or mentally. Help us become successful people in the world and after...
0 comments:
Post a Comment